Kursus Aplikasi Google Dalam PDPC Abad KE-21

Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21), selain daripada strategi PdPc, medium penilaian juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Google quiz misalnya merupakan salah satu teknik PAK21 yang dilihat boleh digunakan sebagai tools untuk menguji pencapaian pelajar. Melaluinya pelajar berpeluang melihat pencapaian diri yang kebiasaannya diuji secara tradisional iaitu menggunakan kertas dan pensil. Melihat kepada keperluan semasa, bengkel ini diharap dapat memberi ruang kepada para pensyarah untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagi mengembangkan tahap profesionalisme dan kompetensi.

 

OBJEKTIF

Objektif kursus ini dijalankan ialah;

  1. Mendedahkan kepada pensyarah kaedah alternatif pdpc seperti penggunaan google form
  2. Mendedahkan kepada pensyarah kaedah alternatif bentuk penilaian pdpc seperti menggunakan google quiz
  3. Memberi pendedahan kepada pensyarah tentang perubahan kurikulum matematik sekolah rendah
  4. Meningkatkan penguasaan kemahiran abad ke-21 di kalangan pensyarah supaya dapat diterjemahkan dalam P&P

 

Bil Aktiviti Tarikh dan Tempat Catatan
1. KURSUS APLIKASI GOOGLE DALAM PDPC ABAD KE-21 2-3 MEI 2018 MAKMAL KOMPUTER

IPG KAMPUS IPOH

 

PENCERAMAH

i.Dr. Suriati Abdul Aziz (IPGKI)

ii.Dr. Mathan a/l Balaraman (IPGKI)

iii. Dr. Lena a/p Vimalanandan (IPGKI)

Kecemerlangan Pelajar

 

  1. Anugerah Emas Johan Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGKI 2018 (Kategori Pelajar)

 

Pelajar Major Matematik daripada Unit S8 telah menjadi Johan dan terpilih untuk mewakili IPGK Ipoh ke  Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2018

 

  1. Terpilih sebagai Finalis ke Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2018 dan berjaya mendapat Anugerah Gangsa

 

 

Booth Pameran ketika pertandingan di IPGK Temenggung Ibrahim, Johor

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *