Pengenalan Jabatan

 Latar Belakang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Jabatan Matematik wujud seiring dengan penubuhan Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta pada tahun 1983. Pada ketika itu, dikenali Unit Matematik dan bergabung dengan Unit Sains dan PJK dibawah Jabatan Sains, Matematik & PJK. Program yang dikendalikan adalah Sijil Perguruan Asas opsyen Matematik.  Setelah beberapa lama, bidang matematik yang ditawarkan telah berkembang dibawah Program Diploma Perguruan Malaysia, KSPK, KPLI, KPLD, KDC dan lain-lain. Selari dengan fungsi dan peranannya yang bercambah, jabatan ini telah berdiri sendiri sebagai Jabatan Matematik pada tahun 1998 dan diketuai oleh En. Tan Chee Yong. Selain mengelolakan program akademik, jabatan juga membantu pihak sekolah dalam pelbagai inisiatif seperti program KIA 2M dan seumpamanya.

Jabatan Matematik terus memainkan peranan dan berkembang pesat dan pada tahun 2005, program PPISMP mula ditawarkan. Seterusnya, kohort pertama PISMP opsyen matematik ditawarkan pada 2007 dan kumpulan ini telah pun ditempatkan di sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2011. Kini, fungsi Jabatan Matematik bukan sahaja melahirkan guru matematik sekolah rendah malah para pensyarahnya terlibat dengan penyelidikan, inovasi dan berkolaborasi dengan institusi-institusi pendidikan. Sehingga kini terdapat 6 orang pensyarah pemegang ijazah Phd dan 10 orang pemegang ijazah sarjana. Daripada jumlah tersebut, 5 orang pensyarah telah dilantik sebagai pensyarah cemerlang.