Objektif Jabatan

  1. Melahirkan guru-guru yang dapat menguasai dan menghayati kemahiran-kemahiran Matematik dan mengaplikasi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
  2. Melatih guru-guru siswazah bertaraf dunia untuk mengajar matematik di sekolah-sekolah rendah.
  3. Melatih dan membantu bakal guru supaya mereka lebih peka terhadap keperluan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sesuai dengan cabaran teknologi terkini.
  4. Melatih bakal guru supaya bersikap positif terhadap profesion keguruan di samping mempunyai ciri-ciri insan murni selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  5. Meningkatkan kemahiran pensyarah jabatan melalui latihan dalam perkhidmatan anjuran institut, IPGM dan agensi pendidikan yang lain.
  6. Memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matematik mematuhi kurikulum pendidikan matematik terkini.
  7. Memastikan semua pelajar yang mengambil kursus matematik lulus sekurang-kurangnya 50% mendapat gred A.
  8. Memastikan semua penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan dapat disebarluaskan kepada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan matematik.