Aluan Ketua Jabatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatan Kuasa Laman Web IPGK Ipoh kerana menyediakan ruang dan tapak untuk Jabatan Matematik. Dengan adanya ruang seperti ini, kami di Jabatan Matematik dapat mempromosikan kekuatan dan kepakaran yang ada yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh pengunjung web ini. Aktiviti yang dijalankan dapat direkodkan dan ditatap oleh semua pihak dan boleh diambil idea daripadanya untuk memperluaskan aktiviti-aktiviti pendidikan.


Sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan matematik, kami sentiasa berazam melahirkan guru-guru matematik yang memenuhi aspirasi negara dan terbuka untuk bekerjasama dengan pihak tertentu untuk mencapai satu matlamat besar iaitu meningkatkan kualiti pendidikan matematik di Malaysia.


Sekian.